Searching for jannah

D'Boss!

Photobucket
Assalamualaikum w.b.t semua !

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Nama diberi Rabitah binti Said. Welcome to my blog guys! Show my first cute face and tears on 30th of September 1993. huhu :).I'm just an ordinary person that always need guide and love from my Creators Allah S.W.T. Tak kenal maka taaruf. Ukhwah fillah! Daa :)


Entries About


Chatting

♥Sayang semua fillah♥
Syukran jazilan semua. Kedatangan anda ke blog ana yang tak seberapa niy sangat-sangat dihargai. Barakallahufikum :) . Ma'as salamah. Assalamualaikum

Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   


Kerana Sayang.


Assalamualaikum WBT


Terbawa untuk mencoretkan sesuatu di sini,
Apa yang aku dapati setiap kali bersedih pasti di sini yang aku cari,
kekadang tidak punya waktu,
laman twitter sahaja medannya,
namun aku tidak berapa suka apabila aku tweet "sedih" dan seseorang datang dan tanyakan kenapa,
ya, aku sedang bersedih tetapi tidak diminta untuk diterangkan kembali apa yang berlaku kepada seseorang itu,
hanya coretan, luahan hati kerdil ini.




malam ini bertemankan lagu-lagu Opick,
aku mencari kembali engkau wahai encik blog,
setia kan hang dengan aku,
tapi yang pasti aku tidak akan sama sekali padam blog ni,
kenapa?

Kerana engkau seumpama tempat yang tenang untuk aku luahkan tanpa mengeluarkan suara,
hanya suara HATI yang berlari ligat kesana sini,

Malam ini. Aku sedih.
Terasa dengan sikap rakan-rakan yang entah mengapa sangat terasa.
Sejujurnya aku bukannya seorang yang pandai membaca fikiran manusia,
Jika punya juga, itu sandaran DIA untuk aku,


Bukan caraku bertekak itu ini even hati ini sangat terasa, sangat ...
mungkin sudah diamalkan sekian lama dan sudah sebati sifatnya dalam diri ini,

Maaf,
Jika aku punya tindakan dan tutur kata kekadang menguris hatimu kawan,
Kekadang tidak disengajakan tutur kata itu,
Niat sebenar hanya gurauan,
Allah, ampunkan dia, mungkin dia juga terasa seperti apa yang aku rasa,
kerana itu siapa aku mahu menuding jari sama dia?



Sahabat,
doaku sentiasa mengirimu walau siapa, dimana engkau berada,
mana mungkin kesedihan yang sedikit ini mengaburi saat-saat manis kita bersama selama ini.
Rabitah sayang semua.

P/S : Terima kasih kawan/rakan/ sahabat yang sentiasa ada di kala susah senang aku. Tidak banyak dapat aku beri sama kalian. Yang pasti aku akan sentiasa doakan kalian. Biar nanti kita terpisah sana sini. Kenangan itu aku genggam rapat di sini. HATI. InsyaAllah.