Others: ♥ ♥ ♥
Pelangi :)
Assalamualaikum WBT
Apa khabar semua sahabat ? Ana harap semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Amin :')
* Ana nak berjiwang. Harap maaf *
Lorong-lorong yang dijejaki,
Aku , kamu , dia , orang sekeliling,
Saat menghadapi itu ini di setiap arus yang bernama pengalaman,
Mana mungkin penat itu tiada,
Mana mungkin sedih itu tiada,
Mana mungkin kecewa itu tiada,
Mana mungkin marah itu tiada,
Penat itu pasti ada masa rehatnya,
Sedih itu pasti ada masa gembiranya,
Kecewa itu pasti ada bahagianya,
Marah itu juga pasti ada redanya,
Hanya perlu sedikit sabar dalam hatimu,
Melihat orang sekeliling tersenyum,
Dihati tersembunyi seribu perasaan.
Jangan pernah kau memberontak akan apa yang kau lalui,
Kerana Allah sentiasa mendengar doamu,
Titipkan segalanya buatNYA,
Dan tidaklah Allah membebani hambaNYA diluar kemampuan,
Percaya !
Ada hikmah disetiap muka surat yang tercoret,
Allah ada,
Jangan bersedih.
Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab :
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat " (78 : 9)
Ketika kita mengeluh :
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab :
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286)
Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :
“ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (13 : 28)
Ketika kita mengeluh :
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab :
” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (99 : 7)
Ketika kita mengeluh :
“ takdak sorang pun yang nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (40 : 60)
Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab :
“ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (9 : 40)
Till we meet again.
Assalamualaikum :')
P/S : Lihatlah sesuatu itu dengan bahagia,nescaya pasti yang bahagia yang akan muncul.
|