Searching for jannah

D'Boss!

Photobucket
Assalamualaikum w.b.t semua !

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Nama diberi Rabitah binti Said. Welcome to my blog guys! Show my first cute face and tears on 30th of September 1993. huhu :).I'm just an ordinary person that always need guide and love from my Creators Allah S.W.T. Tak kenal maka taaruf. Ukhwah fillah! Daa :)


Entries About


Chatting

♥Sayang semua fillah♥
Syukran jazilan semua. Kedatangan anda ke blog ana yang tak seberapa niy sangat-sangat dihargai. Barakallahufikum :) . Ma'as salamah. Assalamualaikum

Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   


Hati


Assalamualaikum WBT


Hati.
Mengapa selalu engkau berbolak balik?
Mengapa selalu engkau tidak teguh berdiri?
Mengapa selalu engkau tidak kuat menolak?
Mengapa selalu engkau cepat hanyut dengan kata-kata manis manusia?

Hati,
Bagi aku engkau yang melancarkan segala galanya,
Bagi aku engkau yang merosakkan segala galanya,
Bagi aku engkau yang menguatkan segala galanya,
Dan bagi aku juga engkau yang melemahkan segala galanya.

Tetapi mengapa ?

Kekadang hati aku tak kuat ketika ianya datang dengan tiba-tiba.
Ya Allah, aku tahu hanya dengan bercakap dan memohon denganMu,
Secara mata kasarnya memang tiada apa-apa yang aku dapat,
Tetapi aku bersyukur kerana disetiap bait-bait doa ini,hati dan jiwa ini terasa seperti dipeluk dengan kasih sayangMU,
Engkau ada untuk mendengarnya.
Alhamdulillah :')




Ya Allah, hanya satu aku pinta,
Kuatkan hati ini, jangan Kau biakan anasir-anasir itu melemahkan aku,
Aku tahu itu hanya sekelumit dugaan dan ujian dalam mencari hambaMu yang benar-benar bertaqwa.
Dan aku sangat sangat berharap aku adalah salah seorang daripada mereka.

Dan kerana aku sentiasa tahu dan akan sentiasa memegang janjiMu,
" Tidak diujiNya manusia diluar kemampuan setiap hamba-hambaNYA"
Dan kerana aku tahu aku boleh menghadapinya Ya Allah.

Syukur.



Till then. Assalamualaikum.

P/S : Sangat terkesan dengan pemergian Assyahid Ahmad Ammar. Ingin skali aku menjadi seperti arwah. Alfatihah.