Others: ♥ ♥ ♥
Life
Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum WBT semua
Sihat? Ana harap semua baik-baik ja.
Haaa , adik-adik , kawan-kawan yang baru masuk uni beberapa hari yang lepas tu tahniah ana ucapkan. Semoga sentiasa sukses selalu yaa. Amin :)
Pertama tamanya ana nak minta maaf sebab
1) Ana akan gunakan aku dalam entry niy
2) Agak sensitif dalam setiap susunan ayat
Dan ana harap 2 kekurangan kat atas niy dapat anda,anda dan anda maafkan okay :)
Sebenarnya ana tak tahu macam mana nak mulakan luahan hati ini. Sedih dan sayu sangat hati ini.
Masalah keluarga kadang-kadang orang pandang remeh ja but not for me.
Kalau dulu-dulu ana hanya dengaq dari mulut mak dan adik ja apa yang abang-abang ana kata dekat mak .
Tapi hariniy ana dengar sendiri kata-kata menyakitkan hati tu dengan telinga ana sendiri.
Tidak perlu rasanya ana beritahu disini apa yang dikatakan.
Rasa hormat itu masih ada.
Salahkah jika seorang ibu tiri hendak menegur perbuatan anak tirinya yang salah?
Salahkah seorang ibu tiri hendak merasa kasih sayang seorang anak lelaki ?
Salahkah ? salahkah ?
Mereka juga manusia. Juga perlukan perhatian dan kasih sayang.
Cuma kekadang ibu-ibu tiri ini dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.
Mereka tak tahu apa yang ibu-ibu ini rasa.
Tolonglah luaskan sedikit pemikiran anda, zaman sekarang bukan macam dulu-dulu lagi.
Zaman bawang putih bawang merah.
Zaman sekarang jika dicampurkan kedua-dua bawang ini sedap jugak masakan kita kan.
Think .
Even dia ibu tiri hang, hang tetap dan wajib taati dia selagi apa yang dialakukannya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Kenapa perlu menghukum dan menderhaka dengan mak jika banyak lagi perkara-perkara baik yang hang boleh buat untuk mak?
Mulai hari ini aku dah bertekad aku tak nak mintak tolong dia kalau perkara itu boleh aku lakukan sendiri.
Memandangkan apa yang abang buat dekat mak, aku rasa sedih! Sayu sangat !
Kekadang aku teringin nak rasa perasaan adanya seorang abang.
Abang-abang aku xmacam abang-abang hampa.
Bila kawan-kawan cerita pasal abang-abang depa, aku cemburu sangat. Bahagia ja :)
Tetapi rungutan ini hanya aku luahkan disini dan tersimpan rapi didalam hati.
Tidak terdaya dan tidak tahu bagaimana hendak dimulakan cerita ini.
Hanya Allah ja yang tahu apa yang hati ini rasakan detik dan saaat ini.
Tetapi apabila sudah penat merungut, aku sedar aku tidak harus berfikir sedemikian, Allah ada caraNya yang tersendiri. Aku percaya ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku. Whatever happen being grateful is the best way, Alhamdulillah :')
Hampa semua nampak aku happy ja kan tapi dalam hati ini tersimpan seribu dan mungkin lebih blended feeling yang aku pendamkan sendiri. Aku tak suka menunjukkan muka sedih depan kawan-kawan. Biarlah Allah SWT sahaja yang tahu rasa hati seorang Rabitah. Aku percaya janji DIA.
Mungkin hal ini yang membuatkan aku kuat sampai sekarang.
Too much talk will never change everything.
FYI, mak ana hanya mak tiri . Isteri bapak ana yang dulu dah meninggal lama dah dan melahirka 6 orang anak yang sekarang menjadi kakak dan abang-abang aku.
Mak aku tak pernah anggap depa macam anak tiri, Same goes to me,aku takpernah anggap depa2 niy abg dan kakak tiri aku.Aku anggap depa macam keluarga aku sendiri. Kenapa perlu mewujudkan frasa ibu tiri, adik tiri jika bahagia itu boleh kita kecapi? But they themselves that make the things became more worse.
Aku hanya boleh berdoa kepada Allah agar ditunjukkan jalan kepada kami untuk menjernihkan kembali keadaan. Engkaulah sebaik-baik perancang Ya Allah. And
Till then. Segala yang baik itu Allah sandarkan pada ana. Dan yang buruk itu datang dari diri ana sendiri. Salah silap dalam susunan ayat harap dimaafkan ya kawan-kawan =)
Assalamualaikum .
P/S : Selamat kembali ke universiti dan memasuki tahun 2,3 dan 4 kepada semua ^_^
|