D'Boss! Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Nama diberi Rabitah binti Said. Welcome to my blog guys! Show my first cute face and tears on 30th of September 1993. huhu :).I'm just an ordinary person that always need guide and love from my Creators Allah S.W.T. Tak kenal maka taaruf. Ukhwah fillah! Daa :) Chatting Credits!
| xnak gaduh-gaduh ! Pengikat Ukhuwah :')
Namun, tidak ramai yang sedar betapa besarnya erti doa ni. Malah kesannya juga seolah-olah tiada. Mengapa?
Mungkin tidak Faham maksud? Mustahil. Kerana ramai juga yang sudah
lama berada di dunia tarbiyah, sudah bedah maksud doa ini. Namun
kesannya tetap negatif. Di mana salahnya?
Mungkin pada dosa-dosa lama, atau karat-karat jahiliah yang masih
malas hendak dibuang itu menghalang hati-hati kita dari keindahan kesan
doa ini?
Atau hati kita sendiri tidak pernah hadir setiap kali membaca doa ini?
Mulut melafazkannya namun hati, fikiran pada urusan dunia yang tidak akan pernah habis?
Mungkin juga dalam tidak sedar, kita sebenarnya adalah robot yang membuat kitaran bodoh?
Kerana sudah menjadi kebiasan membaca doa ini, tetapi tidak pernah mengambil masa mendalami maksudnya?
Ya Allah.
Bukan tidak pernah melihat orang yang hari-hari duduk sama-sama
membaca doa rabitah hati, namun apabila habis tidak pernah bertegur
sapa. Ada juga orang yang hari-hari duduk sama-sama membaca doa ini,
tetapi perasaan benci, hasad dan iri hati tetap ada dalam hati
masing-masing. Apabila duduk dalam majlis ilmu, boleh duduk berlaga
lutut, tetapi di luar majlis ilmu, saling berselisih bahu, menjeling
seperti singa lapar.
Namun, mengapa apabila di luar, tatkala saudara-saudara kita semakin menjauh dari jalan Allah S.W.T, kita buat tidak kisah?
'Kubur lain-lain', kata kita. Mana janji-janji yang dilafazkan untuk sama-sama berjuang?
Mana hilang rasa keterikatan hati kita?
Mana pergi rasa kasih dan cinta 'ukhwah fillah' yang kita lafazkan selama ini?
Bukankah jika benar doa rabitah hati yang kita baca itu berkesan, hati-hati kita akan saling terikat?
Apabila jauh rasa rindu untuk sama-sama duduk berlaga lutut mendengar kisah Allah S.W.T.
Apabila dekat terasa seolah-olah tidak mahu berpisah, seronok sama-sama berzikir.
Apabila terpesong sama-sama mengingatkan agar kembali ke jalan Allah S.W.T.
Adakah perasaan itu sudah ada dalam hati kita wahai hamba yang saling berjanji setia?
Jika doa itu berkesan pada kita, Allah S.W.T yang akan menyatukan hati kita. Allah S.W.T sudah berjanji bukan?
Kerana itu pentingnya hati-hati kita ini saling terikat. Agar sama-sama hebat berjuang di jalan Allah S.W.T.
Allah S.W.T menyukai orang-orang yang berjuang di jalannya dalam satu
barisan yang tersusun, kerana Allah S.W.T tahu payahnya perjuangan ini,
Allah S.W.T tidak suruh kita berjuang seorang diri.
Sangat indah jika kita sama-sama dapat rasa keterikatan hati yang Allah berikah pada muslim yang sejati itu bukan?
kata aku,
DAKWAH ITU CINTA DAN CINTA AKAN MEMINTA SEMUANYA DARIMU.
Dah baca ? sama-samalah kita muhasabah diri ek. Ana pun tak perfect. Tiada yang sempurna selainNYA.
maafkan ana jika diri ini ada salah
Assalamualaikum ;)
Sumber : iluvislam
p/s : Adik ana selalu cerita yang kawan yang cari gaduh ngan dea tu selalu kata/ejek/buat muka kat dea dan kawannya.
ana : ang jangan balas setiap apa yang depa buat kat dengan kejahatan tapi balaslah dengan kebaikan. Mana tau suatu hari nanti Allah buka hati mereka untuk berubah kan ? :)
|