Searching for jannah

D'Boss!

Photobucket
Assalamualaikum w.b.t semua !

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Nama diberi Rabitah binti Said. Welcome to my blog guys! Show my first cute face and tears on 30th of September 1993. huhu :).I'm just an ordinary person that always need guide and love from my Creators Allah S.W.T. Tak kenal maka taaruf. Ukhwah fillah! Daa :)


Entries About


Chatting

♥Sayang semua fillah♥
Syukran jazilan semua. Kedatangan anda ke blog ana yang tak seberapa niy sangat-sangat dihargai. Barakallahufikum :) . Ma'as salamah. Assalamualaikum

Credits!

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   


Tak Mengapa, Sayang :)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk pinjam nikmat yang ALLAH kurniakan niy ek..
Sangat seronok hari niy bila dengan tidak sengajanya berblog walking tup tup jumpa blog ustazah Fatimah Syarha... Lompat sampai bintang! err, okay, bohong.. 
So,ana nak sebarkan bahagia seperti tagline ustazahlah.. huhu
sungguh besar nikmat Allah kat hambaNYA kan?
tengok kak Fatimah Syarha kita..
Aktif dalam berkarya untuk menyebarkan dakwah Islam..
inilah yang dikatakan menggunakan nikmat Allah dengan sebaiknya.. ALHAMDULILLAH..
Below is one of her art . eh.. art ke.. huhu
 
Tak Mengapa, Sayang…
(Inspirasi pujukan suami terhadap isterinya)

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu cemburu,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Itu perasaan yang paling layak,
Daripada isteri yang besar cintanya,
Cemburumu bukan kekurangan,
Ia sifat orang beriman ,
Fitrah yang Allah berikan di dunia,
Dan bakal Allah hilangkan di syurga .

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu tamak,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa dirimu dambakan kedudukan akhirat,
Menjaga agamamu daripada terfitnah ,
Dirimu sebenarnya sangat pemurah,
Sanggup menggadaikan keseluruhan milikmu,
Demi hidup tenang di samping Tuhanmu.

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu tidak sanggup berkongsi,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa dirimu terlalu banyak memberi,
Berkongsi suamimu dengan perjuangannya,
Hingga masa untukmu hanyalah bersisa senja,
Meredhai suamimu berkongsi kepakaran,
Kau didik anaknya dalam kepayahan,
Berkongsi suamimu dengan masyarakat,
Hingga tugas-tugas dakwah tidak tergugat,
Pengorbananmu mulia dan terhormat.

Ketika mereka mengatakanmu sensitif,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa terpujinya sensitivitimu,
Kecaknaan sifat orang beriman,
Itu lambang lembutnya perasaan,
Simbolik jiwamu yang penyayang,
Anugerah kewanitaan,
Yang menjadikanmu istimewa,
Sebagai isteri dan ibu.

Ketika mereka mengatakanmu tidak positif,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa positifnya dirimu,
Ketika memilih MENCEGAH SEBELUM MERAWAT,
Itu tanda akalmu bijak membuat nilaian,
Itu tanda kau rasional membuat pilihan,
Lambang sifatmu yang berhati-hati,
Lahir dari kecelikan mata hati.

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu menolak hukum Tuhan,
Tak mengapa, Sayang
Kerana Allah tahu,
Kau menjelaskan dan menegakkan hukum Tuhan,
Sebagaimana yang difahami oleh jumhur ulama,
Monogami adalah sunnah dan asal di sisi syarak,
Poligami itu cuma rukhsah,
Untuk merawat masalah-masalah tertentu,
Seperti isteri gila, sakit dan tidak bernafsu,
Rukhsah tidak diambil sewenang-wenangnya,
Apatah lagi sekadar menjamu nafsu,
Jelaskan sudut pandang,
Islam tidak menjadikan poligami pilihan utama,
Agar terbela Islam dari fitnah musuhnya.

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu menolak sunnah,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Kau mencintai dan menegakkan sunnah,
Kau bersama fikrah jumhur ulama’,
Hukum asal poligami cuma harus dan bukannnya sunnah,
Islam mengawalnya dengan ketat dan payah,
Apabila mensyaratkan ‘adil’, syarat yang susah,
Agar keluargamu tenang dalam mawaddah warahmah.

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu tidak menerima poligami,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Kau menerima poligami bukan sebagai perintah syariat,
Kau menerima poligami bukan sebagai galakan agama,
Kau menerima poligami sebagai keringanan bersyarat,Itulah yang difahamkan oleh jumhur ulama',
Sebagaimana harusnya berburu selepas ihram,
Tiada paksaan dan tiada suruhan,
apatah lagi poligami melibatkan hak ramai orang,
Kutahu sayangku, bukan dirimu menakut-nakutkan,
Tapi kau berhak mencegah sebelum merawat,
itulah hikmahnya hak syarat ta'liq diberi Islam.

Sayangku,
Biarlah mereka asyik menjelikkan,
Kita balas dengan meraikan,
Biarlah mereka membuat pilihan,
Tenanglah dengan pilihan kita,
Apa yang penting,
Kita tidak menanggung pilihan mereka,
Dan kita bahagia dengan pilihan kita,
Hidup ini sekejap cuma,
Moga kita semua mudah ke syurga,
Bidadari dan pemuda kacak (wildan) menanti di sana,
Dirimu tetap teristimewa,
Teruskan sayangku…
Sebarkanlah bahagia.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN



Dah baca?
Best kan.. moga bermanfaat apa yang dikongsikan..
jaga diri semua..
maaf kalau ada salah silap dalam perkongsian ini yea..
Daaa...
Assalamualaikum :)

# Kak Mastura n Mama datang blog ana la.. komen sekali taw..walaupun kecil apa yang dilakukan tetapi sangat memberi makna kepada ana.. i really appreciate it.. huhu.. Thanks yea kakak2 ku.. huhu